ING Critical Cover : Pelan Perlindungan Kritikal ING

Saturday, November 14, 2009

ING Critical Cover
Pelan Perlindungan Kritikal ING

Faedah:
Sekiranya semasa ppolisi ini berkuatkuasa, orang yang diinsuranskan mengalami mana-mana satu daripada peristiwa kehilangan berikut mana yang lebih awal, ING akan membayar tuntutan mengikut mana-mana satu daripada perkara dalam jadul berikut


Situasi 1: Sekiranya didiagnosis mengalami salah satu dari penyakit kritikal (sila rujuk disini)
atau menjalani pembedahan (kecuali Angioplasti dan lain-lain Rawatan Invasif bagi
Arteri Koronari)
Jumlah Faedah yang dibayar: 100% daripada jumlah yang diinsuranskan atau baki jumlah
diinsurankan dalam hal tuntutan Angioplasti dan rawatan invasif
bagi arteri koronari terdahulu.

Situasi 2: Sekiranya orang yang diinsurankan menjadi hilang upaya menyeluruh dan kekal
sebelum ulang tahun polisi terdekat dengan harijadi ke 65.
Jumlah Faedah yang di bayar: 100% daripada jumlah yang diinsuranskan atau baki jumlah
diinsurankan dalam hal tuntutan Angioplasti dan rawatan invasif
bagi arteri koronari terdahulu.

Situasi 3: Orang yang diinsuranskan meninggal dunia
Jumlah Faedah yang dibayar: 100% drpd jumlah yang diinsuranskan kepada waris.

*Bagi angioplasty dan lain-lain rawatan invasif bagi arteri koronari, 10% daripada jumlah insurans akan dibayar ke atas kejadian pertama. Baki dari jumlah yang diinsurankan akan dibayar apabila berlakunya hilang upaya, kematian atau diagnosis menunjukkan mana-mana di antara 35 penyakit kritikal yang lain, wujud.
*Syarat-syarat dan terma selain diatas, sila hubungi agen.
* Pelan ini akan membuat bayaran sekaligus bermula dari RM50,000 sekiranya didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal
* Bebas cukai

Comments

No response to “ING Critical Cover : Pelan Perlindungan Kritikal ING”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment