Pengenalan

Saturday, November 14, 2009

JIKA dilihat senario masa kini, masih ramai antara kita belum memiliki polisi insurans. Tidak kiralah pakej berteras insuran nyawa, perubatan, pendidikan mahupun pelaburan, kepentingan memiliki insurans masih 'kabur' di mata masyarakat terutama kaum Melayu.


Situasi ini jelas menunjukkan amalan memiliki insurans masih baru berikutan tiada didikan serta kesedaran pentingnya dilindungi pakej insurans. Apatah lagi dalam persekitaran hidup era ini yang mencabar baik dari aspek ekonomi, keselamatan dan kesihatan.


Bagi sesetengah pihak, insurans dilihat sebagai beban. Ini kerana terpaksa memperuntukkan sebahagian daripada gaji untuk membayar premium, sedangkan pulangan dan manfaatnya entah bila dirasakan. Apabila berlaku sesuatu kejadian mahupun malapetaka, barulah kepentingan dan faedah polisi insurans dapat dimanfaatkan.


Faktor 'sayangkan duit' sering menjadi punca enggan memiliki polisi insurans. Bagi segelintir pihak, purata bayaran premium serendah RM80, RM150 atau RM300 sebulan dilihat sebagai beban. Ini membentuk mentaliti masyarakat yang sering mengelak setiap kali didatangi ejen insurans.


Lelaki yang menjadi harapan keluarga malah bertindak sebagai ketua adalah individu penting yang perlu dilindungi insurans. Bukan mahu memperjudikan nyawa serta meletakkan nasib malang di bahu lelaki semata-mata, ia sebenarnya berbalik kepada kesan jangka masa panjang serta perlindungan yang bakal dinikmati mereka sendiri.


Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?


Faktor kewangan. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans.


Apakah masih ada peluang golongan seumpama ini memiliki insurans?


Bergantung kepada faktor kesedaran itu sendiri. Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?


Negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?


Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia.

Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubatan, kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.


Apakah yang bakal dinikmati jika memiliki insurans?


Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insuran lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans.

Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans juga dibayar. Bukankah itu menarik?

diambil dari forum iluvislam






Comments

No response to “Pengenalan”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment